Pingat perak jadi milik Ing Yueh di Piala Cabaran Dunia - Utusan Malaysia

Pingat perak jadi milik Ing Yueh di Piala Cabaran Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Mei- Tan Ing Yueh terus menambah koleksi pingat dalam Kejohanan Piala Cabaran Dunia (WCC) 2019 di Zhaoqing, China, hari ini apabila merangkul perak dalam acara senaman lantai.

Semalam, atlet gimnastik kelahiran Melaka itu, berjaya memenangi pingat gangsa dalam acara batang titian dan kali ini pingat perak pula menjadi miliknya menerusi acara senaman lantai selepas meraih 12.900 mata di Kompleks Sukan Zhaoqing.

Pingat emas acara itu dimenangi atlet China, Liu Jingxing dengan mengumpul 12.950 mata manakala gangsa milik peserta Korea Selatan, Eom Do-Hyun (12.400).

Memuatkan artikel berkaitan…

Presiden Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF), Rachel Lau berbangga dengan kejayaan yang dilakar atlet tersebut di kejohanan berkenaan dan berharap Ing Yueh mampu meraih lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

“Dia membuat Malaysia berbangga dengannya dan membuktikan skuad negara mampu melahirkan atlet gimnas bertaraf dunia.

“Kami harap, dia mampu merangkul lebih banyak kejayaan pada masa akan datang,” katanya.

Terdapat tujuh siri Kejohanan Piala Cabaran Dunia (WCC), di mana selepas China, pertandingan akan berlangsung di Osijek, Croatia dari 23 hingga 26 Mei; Koper, Slovakia (30 Mei-2 Jun); Mersin, Turki (30 Ogos-1 September), sebelum berakhir dengan tiga peringkat pada September di Szombathely, Hungary (6-8 September); Paris, Perancis (14-15 September) dan Guimaraes, Portugal dari 19-22 September. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini