PEKAN 22 Mei – Jenazah Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah dibawa masuk ke Balairong Seri istana Abu Bakar di sini kira-kira pukul 9.20 malam ini.
Jenazah Almarhum yang siap dikafankan kini bersemayam di atas persada di tengah Balairung Seri Istana Abu Bakar untuk penghormatan terakhir.
Orang ramai boleh menziarahi dan memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum hingga pukul 9 pagi esok manakala mulai pukul 11 pagi, penghormatan terakhir untuk orang kenamaan dan kerabat.
Memuatkan artikel berkaitan…

– UTUSAN ONLINE/AHMAD ZAKKI JILAN
Jenazah kemudian akan dibawa ke Masjid Sultan Ahmad Shah di sini sebelum dimakamkan di Makam Diraja selepas solat Zuhur esok. – UTUSAN ONLINE











