Polis lakukan Operasi Bersepadu banteras PATI warga Afrika - Utusan Malaysia

Polis lakukan Operasi Bersepadu banteras PATI warga Afrika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis Kuala Lumpur telah meelakukan Operasi Bersepadu Khas Warga Afrika pada 13 April dan 3 Mei lepas di dalam usaha untuk membanteras kebanjiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Afrika di sekitar ibu kota.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, operasi tersebut dijalankan di kawasan Jalan Changkat Thamby Dolah, Jalan Changkat Bukit Bintang, Jalan Berangan, Jalan Genting Klang, Setapak dan Metro Prima, Kepong, Kuala Lumpur.

“Sepanjang operasi, seramai 183 orang PATI telah diperiksa dan polis menahan seramai 46 orang daripadanya melibatkan 25 orang lelaki dan 21 orang wanita.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebanyak 21 orang warga Nigeria, 10 warga Somalia, lima daripada Sudan, tiga orang warga Guinea dan Uganda serta seorang masing-masing warganegara Congo, Tanzania, Ghana dan Afrika Selatan,” katanya dalam kenyataan tersebut di sini hari ini. 

Mazlan menambah, mereka akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana masuk dan tinggal di negara tanpa permit atau pas yang sah serta akta-akta yang berkaitan.

“Kesemua suspek akan dibawa ke Lokap Berpusat Jinjang dan Lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP).

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkannya dengan menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 9999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini