Longgokan sampah bahan getah cetus kebakaran besar - Utusan Malaysia

Longgokan sampah bahan getah cetus kebakaran besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 22 Mei – Pasukan Bomba dan Penyelamat negeri mengambil masa hampir empat jam memadam kebakaran besar melibatkan longgokan bahan getah yang dibuang di sebuah kawasan di Kampung Genting, Jalan Balik Pulau, di sini petang ini.

Kebakaran yang turut melibatkan pondok kayu seluas kira-kira enam kali 10 meter persegi itu bermula kira-kira pukul 12 tengah hari tadi sebelum berjaya dipadamkan sepenuhnya pukul 3.30 petang tadi.

Menurut jurucakap pasukan itu, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 12.25 tengah hari sebelum anggota dari tiga buah balai dikerah ke lokasi kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…
 

Katanya, operasi memadam kebakaran itu melibatkan pasukan bomba dan penyelamat Seri Balik Pulau; Balik Pulau dan Jalan Perak yang berjaya mengawal kebakaran kira-kira pukul 1.15 petang tadi.

“Ketika ini api sudah berjaya dipadamkan sepenuhnya namun kerja-kerja ‘overhaul’ masih dijalankan bagi memastikan tiada lagi sumber-sumber yang boleh mencetuskan kebakaran baharu dan tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini