KUALA LUMPUR 22 Mei – Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) merafak sembah takziah kepada seluruh kerabat diraja Pahang atas kemangkatan Sultan Ahmad Shah.
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador dalam satu kenyataan turut merafak sembah takziah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di atas kemangkatan ayahanda baginda.
“Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para aulia syuhada serta orang beriman.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Warga PDRM akan menyalurkan segala bantuan yang perlu bagi memastikan urusan istiadat kemangkatan berjalan dengan lancar dan sempurna. Al-Fatihah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE










