Karnival Mercedes Benz Asean di Kota Bharu - Utusan Malaysia

Karnival Mercedes Benz Asean di Kota Bharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 22 Mei- Kelab Pemilik Mercedes Benz (Benzers) Kelantan akan menganjurkan Karnival Mercedes Benz Asean di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini pada 13 dan 14 September depan.

Pengerusinya, Abdullah Mohd. Yusof berkata, karnival itu dijangka mengumpulkan antara 400- 500 pelbagai jenis model Mercedes Benz dari seluruh Malaysia umumnya dan Kelantan khasnya.

“Model klasik dan terkini dari Singapura, Thailand dan Indonesia juga akan dipamerkan di karnival ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Karnival ini terbuka kepada semua yang memiliki kereta Mercedes Benz sama ada baru atau atau lama,” katanya semasa majlis Berbuka Puasa Kelab Benzers, di sini semalam.

Menurut Abdullah, karnival itu diadakan bagi menghimpun pemilik kereta berkenaan sekali gus mengeratkan hubungan mereka.

‘’Banyak yang boleh dibincangkan dan dimanfaatkan apabila bersama dalam kumpulan itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini