Polis akan bawa balik Jho Low tidak lama lagi - Utusan Malaysia

Polis akan bawa balik Jho Low tidak lama lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG 22 Mei – Low Thaek Jow, Ahli perniagaan yang terlibat dalam isu penyelewengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan dibawa pulang ke negara ini tidak lama lagi selepas polis menemui petunjuk baharu dalam gerakan memburu individu itu.

Petunjuk baharu itu bagaimanapun tidak boleh didedahkan kerana dibimbangi boleh menganggu tugas penguatkuasaan.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, ahli perniagaan itu akan dibawa balik tidak lama lagi dan semua orang tertunggu-tunggu kerana dia adalah petualang kepada negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jho Low yang telah melakukan ‘rompakan’ sehingga negara terhutang dengan begitu wang dan Ini (apa yang berlaku) amat menyedihkan.

“Apa yang boleh dikongsikan beliau nyawa Jho Low kini semakin hari semakin pendek dengan penemuan petunjuk baharu itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan lawatan singkat ke Kelantan hari ini.

Terdahulu beliau bersama Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan meluangkan masa melakukan tinjauan di sempadan Malaysia-Thailand.

Turut hadir Komander Briged Tenggara PGA Senior Asisten Komisioner Khaled Che Lah; Ketua Polis Daerah Pasir Mas Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah dan Pegawai Pemerintah PGA Batalion 9 Kuala Terengganu Superintanden Ramly Poncho.

Abdul Hamid memberitahu, Jho Low disifatkan sebagai ‘pengecut’ apabila mengeluarkan kenyataan mempersenda-sendakan tindakan kerajaan terhadapnya walaupun pelbagai bukti telah didedahkan di mahkamah.

Katanya, ahli perniagaan itu wajar disumbat ke dalam penjara segala penipuan yang telah dilakukan itu.

“Semua orang tertunggu-tunggu kerana dia adalah petualang (Jho Low) yang telah melakukan ‘rompakan’ sehingga negara terhutang dengan begitu wang,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini