Suspek bunuh OKU bisu akan dituduh esok - Utusan Malaysia

Suspek bunuh OKU bisu akan dituduh esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK – Suspek utama pembunuhan seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU)  di Jalan Sungai Pusu, Batu 18 di sini pada 10 Mei lalu akan dituduh di Mahkamah Selayang di sini esok.

Kes tersebut telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan suspek utama akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Selayang pada esok manakala dua lagi menjadi saksi pendakwaan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, sebelum ini, polis telah menahan tiga lelaki berusia antara 21 hingga 25 tahun termasuk seorang warga Indonesia yang terlibat dalam kes pembunuhan itu di sekitar daerah ini pada 12 Mei lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil semakan mendapati suspek utama kes itu mempunyai satu rekod kesalahan lampau jenayah.

“Pihak polis turut merampas sebuah topi keledar yang digunakan untuk memukul mangsa,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di sini hari ini.

Samsor menambah, mangsa yang bisu dan  juga warganegara tempatan itu dipercayai telah dipukul di lokasi kejadian.

”Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah pukulan di kepala.

“Pembunuhan itu didapati bermotifkan tidak puas hati kerana mangsa sering menganggu suspek sebelum ini,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini