Negara kehilangan seorang raja berjiwa rakyat - MB - Utusan Malaysia

Negara kehilangan seorang raja berjiwa rakyat – MB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 22 Mei – Kerajaan Negeri Sembilan menyifatkan kemangkatan Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah sebagai kehilangan besar buat negara.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, beliau mewakili kerajaan dan rakyat negeri ini merafak sembah takziah kepada seluruh ahli keluarga serta kerabat diraja Pahang atas kemangkatan Almarhum pagi tadi.

“Kemangkatan Almarhum adalah kehilangan amat besar bukan sahaja kepada negeri Pahang tetapi juga seluruh rakyat Malaysia kerana kita kehilangan seorang raja berjiwa rakyat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Almarhum banyak berjasa dalam lembaran sejarah negara sepanjang tempoh pemerintahan sebagai Sultan Pahang dan Yang di-Pertuan Agong ketujuh.

“Kerajaan negeri dan seluruh rakyat mendoakan roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya dalam sidang akhbar selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini