Nuzul al-Quran disambut bagi memperingati hari turunnya al-Quran kepada manusia menerusi Rasulullah pada hari ke-17 Ramadan sebagai panduan hidup untuk kebahagian dunia dan akhirat.
Membaca, menghayati serta mengamalkan isi kandungan al-Quran merupakan ibadah yang dituntut oleh agama Islam.
Murid-murid dari Sekolah Convent Infant Jesus (2) membaca ayat suci al-Quran pada hari Nuzul al-Quran secara bertadarus untuk mendapatkan keberkatan pada bulan Ramadan di Masjid Selat Melaka hari ini.
Memuatkan artikel berkaitan…











