PUTRAJAYA 22 Mei- Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali merafak sembah takziah kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah dan seluruh ahli keluarga serta kerabat Diraja Pahang atas kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al- Musta’in Billah, hari ini.
“Perdana Menteri dan isteri merafak sembah takziah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan seluruh ahli keluarga serta kerabat Diraja Pahang di atas kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah.
“Semoga roh Almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman,” kata kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE











