Keprihatinan Almarhum Sultan Ahmad Shah diingati - Utusan Malaysia

Keprihatinan Almarhum Sultan Ahmad Shah diingati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Mei – Almarhum Sultan Ahmad Shah dikenali dengan sikap prihatin terhadap masalah rakyat terutama ketika mereka ditimpa musibah dan bencana alam.

Aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye yang menzahirkan ucapan takziah berkata, keprihatinan dan sumbangan almarhum kepada rakyat jelata khususnya di Pahang pasti akan diingati sampai bila-bila.

“Almarhum sanggup mencemar duli melawat ke setiap pelusuk bandar dan desa terpencil setiap kali berlakunya bencana seperti kebakaran, banjir dan tanah runtuh.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semoga roh almarhum dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan sama, Lam Thye yang juga Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) turut merafak sembah takziah kepada seluruh kerabat diraja Pahang atas kemangkatan tersebut.

“Saya mendoakan agar Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan seluruh kerabat diraja Pahang diberikan kekuatan untuk menghadapi kehilangan ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini