Sama-sama kita hayati peristiwa Nuzul al-Quran - Tun M - Utusan Malaysia

Sama-sama kita hayati peristiwa Nuzul al-Quran – Tun M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyeru seluruh umat Islam supaya sama-sama menghayati peristiwa Nuzul al-Quran.

Menerusi kiriman di laman Twitter miliknya sempena Nuzul al-Quran yang disambut esok turut mengajak umat Islam mengambil iktibar daripada peristiwa turunnya al-Quran.

“Selamat menyambut hari Nuzul Quran buat seluruh umat Islam. Semoga kita sama-sama dapat menghayati dan mengambil iktibar dari peristiwa Nuzul Quran ini dan memperoleh keberkatan darinya,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Nuzul al-Quran merujuk kepada peristiwa turunnya ayat al-Quran pertama kepada Nabi Muhammad SAW pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira, Makkah iaitu tahun ke-41 daripada keputeraan baginda. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini