97 petatus isi rumah luar bandar nikmati bekalan elektrik 24 jam tahun depan - Utusan Malaysia

97 petatus isi rumah luar bandar nikmati bekalan elektrik 24 jam tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Sarawak Energy bertekad untuk memastikan 97 peratus isi rumah luar bandar di negeri ini akan disambungkan kepada bekalan elektrik 24 jam menjelang 2020 daripada 91 peratus sekarang ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Sharbini Suhaili berkata, ini sekaligus akan meningkatkan liputan elektrik domestik keseluruhan Sarawak kepada 99 peratus menjelang 2020 dan 100 peratus menjelang 2025.

Liputan domestik semasa keseluruhan di Sarawak adalah 95 paratus di luar bandar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi merealisasikan aspirasi Sarawak untuk mempunyai liputan elektrik domestik secara menyeluruh menjelang 2025, Sarawak Energy sedang melaksanakan Pelan Induk Elektrifikasi Luar Bandar yang diterajui oleh Kementerian Utiliti Sarawak,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa bersama Sarawak Energy di sini hari ini.

Sarawak Energy merupakan pembekal tenaga elektrik tunggal di Sarawak dan pengeluar elektrik berasaskan kuasa hidro yang terbesar di negara ini.

Dari segi operasi, sebahagian besar daripada punca penjanaan tenaga adalah berasaskan kepada tenaga hidro yang boleh diperbaharui selain daripada memanfaatkan sumber arang batu dan gas asli tempatan.

“Ini membolehkan Sarawak Energy menawarkan tarif tanpa subsidi yang terendah di Malaysia dan antara yang paling murah di rantau ASEAN,” katanya. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini