LONDON 21 Mei – Mauricio Pochettino mungkin akan meninggalkan Tottenham untuk menyertai Juventus pada musim panas ini, kata sepupunya Daniele, yang menetap di Itali.
Pengendali dari Argentina itu dilaporkan antara calon terbaik untuk menggantikan Allegri, yang mengumumkan untuk meninggalkan Juventus pada penghujung musim ini.
“Pada pendapat saya, (Pochettino menggantikan Allegri) mungkin akan berlaku kerana Mauricio adalah jurulatih yang telah membuktikan dia boleh mengendalikannya dengan baik dan mampu membawa Tottenham ke final Liga Juara-Juara sebagai contoh.
Berita berkaitan:
“Jika dia mengendalikan sama seperti yang dilakukannya dalam semua perlawanan, bagi saya, tahun yang tepat pada masanya untuk menang. Saya ada bertemunya beberapa bulan lalu, saya bertemu dengan seseorang yang sangat baik dan suka membantu,” katanya.- AGENSI











