Malaysia cerah peluang ke suku akhir - Utusan Malaysia

Malaysia cerah peluang ke suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Mei – Di atas kertas peluang Malaysia untuk melangkah ke suku akhir badminton Piala Sudirman cukup cerah selepas menumpaskan India 3-2 dalam aksi terakhir Kumplan D di Nanning, China, hari ini.

Bagaimanapun, pasukan negara masih perlu menunggu keputusan perlawanan terakhir antara China dengan India esok bagi mengetahui nasib sama ada layak ke pusingan seterusnya atau tidak.

Secara realistik, China juara 10 kali tidak mempunyai masalah untuk menewaskan India, namun jurulatih beregu wanita negara, Rosman Razak percaya apa sahaja boleh berlaku.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya gembira kami menang hari ini, sekurang-kurangnya ia memenuhi misi pertama iaitu menewaskan India.

“Kita tidak tahu apa boleh berlaku esok, tiada yang mustahil (India kalahkan China),” kata Rosman kepada Utusan Online.

Selepas tewas 0-5 kepada China dalam aksi pembukaan, Ahad lalu, Malaysia akhirnya menunjukkan keyakinan dengan menumpaskan juara Sukan Komanwel, India.

Ketigat-tiga mata pasukan negara disumbangkan perseorangan lelaki, Lee Zii Jia yang menewaskan Sameer Verma 21-13, 21-15, beregu lelaki, Aaron Chia-Teo Ee Yi mengalahkan Manu Attri-B Sumeeth Reddy 22-20, 21-19 manakala beregu wanita, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean menang 21-11, 21-19 Ashwini Ponnappa-Reddy N. Sikki. – UTUSAN ONLINE

KEPUTUSAN

MALAYSIA 3 INDIA 2

Beregu campuran : GOH SOON HUAT-SHEVON LAI kk Satwiksairaj Rankireddy-Ashwini Ponnappa (Ind) 21-17, 17-21, 22-24

Perseorangan lelaki: LEE ZII JIA kln Sameer Verma 21-13, 21-15

Perseorangan wanita: GOH JIN WEI kk P.V Sindhu 12-21, 8-21

Beregu lelaki : AAON CHIA-TEO EE YI kln Attri Manu-Reddy B. Sumeeth 22-20, 21-19

Beregu wanita : CHOW MEI KUAN-LEE MENG YEAN kln Ashwini Ponnappa-Reddy N. Sikki 21-11, 21-19

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini