Jom Shopping Raya bantu golongan kurang berkemampuan sambut Aidilfitri - Utusan Malaysia

Jom Shopping Raya bantu golongan kurang berkemampuan sambut Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG 21 Mei-Menjelang ketibaan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, rakyat Selangor terus mendapat perhatian kerajaan negeri bagi memastikan mereka terus ceria untuk menyambut perayaan tersebut.

Melalui program Jom Shopping Raya (JSR) yang merupakan salah satu produk Inisiatif Peduli Rakyat (IPR), peserta terpilih diberi baucer membeli-belah untuk membeli persiapan hari raya.

Di kawasan Dewan Undangan (DUN) Selat Klang seramai 750 orang peserta dipilih untuk menerima baucer tersebut yang disampaikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang yang juga Ecxo Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan Selangor, Datuk Rashid Asari.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Baucer ini akan diserahkan secara berperingkat kepada golongan sasar yang terpilih. Hari ini kita sampaikan baucer kepada 250 orang dan bakinya akan disampaikan pada esok dan lusa,” kata beliau ketika ditemui pada majlis tersebut.

Menurut beliau, program JSR adalah bukti bahawa kerajaan negeri sentiasa memberi prihatin terhadap kebajikan rakyat, khususnya golongan kurang berkemampuan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini