50 motosikal musnah terbakar - Utusan Malaysia

50 motosikal musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Mei – Sebanyak 50 motosikal pelbagai jenis musnah dalam kebakaran di bengkel di Jalan Batu Kawa, Kuching, Sarawak hari ini.

Memetik laporan portal Utusan Borneo, kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu bagaimana tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Henderi Ardimansyah ketika dihubungi portal itu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 1.44 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seramai 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang dan BBP Padungan dekat sini serta dua jentera termasuk dua jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, kami mendapati api sedang marak di tingkat bawah bangunan kedai tiga tingkat itu dan sudah 70 peratus musnah,” katanya.

Tambah Henderi, pihaknya mengalami sedikit kesukaran ketika melawan kebakaran kerana terdapat arus elektrik dan berusaha memadamkan kebakaran daripada merebak ke lot bersebelahan.

“Tindakan pantas anggota berjaya mengawal api kira-kira pukul 2.44 pagi dan operasi tamat sepenuhnya pukul 4.13 pagi.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini