Saman royalti minyak Kelantan selesai - Utusan Malaysia

Saman royalti minyak Kelantan selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Mei – Saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petroliam Nasional Berhad (Petronas) berhubung tuntutan royalti minyak diselesaikan selepas kerajaan negeri menarik balik saman berkenaan.

Perkara tersebut disahkan oleh peguam Aleeya Elyana Ahmad Mahreez yang mewakili kerajaan Kelantan ketika ditemui pemberita selepas prosiding kes itu di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Prosiding di dalam kamar Hakim Datuk Ahmad Bache di sini itu turut dihadiri Peguam Persekutusan, Siti Asmath Che Man.

Memuatkan artikel berkaitan…

Aleeya Elyana berkata, pihaknya menarik balik saman itu melalui notis untuk tidak meneruskan tuntutan berkenaan pada 13 Mei lalu.

Bagaimanapun menurutnya, kes saman terhadap Kerajaan Persekutuan masih diteruskan susulan tiada sebarang arahan berhubung tindakan undang-undang tersebut.

Pada 30 Ogos 2010, kerajaan negeri memfailkan saman dengan menamakan Petronas sebagai defendan kerana mendakwa syarikat minyak itu melanggar kontrak pembayaran royalti kepada plaintif (Kelantan) berhubung pendapatan minyak.

Dalam saman itu, kerajaan negeri Kelantan menamakan Petronas sebagai defendan tunggal.

Dalam saman itu, Kerajaan Kelantan menuntut Petronas membayar tunggakan dan pembayaran tunai masa depan bagi petroleum yang dikeluarkan di pesisir negeri itu seperti yang ditetapkan dalam perjanjian cari gali petroleum. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini