MACA komited basmi rasuah - Utusan Malaysia

MACA komited basmi rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR- Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) komited untuk menjadi salah satu Pusat Penyelidikan dan Pembelajaran yang terkemuka dalam usaha membasmi aktiviti rasuah khususnya di rantau Asia Pasifik.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Bahagian Operasi, Datuk Seri Azam Baki berkata MACA merupakan platform tepat bukan sahaja sebagai Pusat Penyelidikan bahkan untuk memainkan peranan global yang lebih aktif dalam membina kapasiti dan pembangunan keupayaan rasuah.

“Kami berharap agar MACA dapat menghasilkan pegawai anti rasuah yang terlatih dan melengkapkan diri mereka dengan sikap, kemahiran serta pengetahuan yang betul.

Memuatkan artikel berkaitan…

“MACA juga berharap agar dapat memberikan latihan sepenuhnya kepada Pegawai anti rasuah asing sebagai sebahagian daripada sumbangan kami terhadap inisiatif anti-rasuah Antarabangsa,”katanya ketika sidang akhbar Majlis Perasmian Penutup Khursus ‘Anti Corruption Training’ Untuk Office of The National Anti Corruption Commission (ONACC) Thailand di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), di sini hari ini.

Turut hadir Pesuruhjaya NACC Thailand, Pol. Gen. Santhaporn Laothong.

Dalam majlis ini, seramai 38 orang Pegawai pencegahan rasuah ONACC telah mengikuti khursus selama dua hari berkaitan ‘Anti-Corruption Training’.

Menurut Azam Baki, khursus ini mensasarkan beberapa objektif dalam membanteras aktiviti rasuah yang kronik dalam kalangan pegawai ONACC Thailand.

“Objektif khursus ini antara lain melibatkan modul meliputi aspek strategi pencegahan rasuah di Malaysia, perhubungan dengan orang awam bagi menghalang rasuah, pengubahan wang haram dan integriti di Malaysia.

“Maklum balas yang kita terima daripada mereka menyatakan khursus ini amat baik dan mereka mengharapkan pada tahun depan MACA akan mengadakan khursus yang lebh spesifik untuk anggota-anggota mereka melibatkan ‘Italian Based Investigation’,”katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini