Why Leong tidak menghilangkan diri - Utusan Malaysia

Why Leong tidak menghilangkan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH 21 Mei – Pengerusi DAP Jerantut, Loo Why Leong masih berada di daerah itu dan tidak menghilangkan diri selepas ditahan sebelum dibebaskan polis kelmarin.

Setiausaha DAP negeri, Lee Chin Chen berkata, Why Leong tidak dapat dihubungi sebelum ini kerana telefon bimbitnya diserahkan kepada polis untuk membantu siasatan.

“Dia tidak bersembunyi, petang semalam dia ada menghubungi saya selepas melihat kenyataan saya mengenai kes itu dan menyatakan telefon bimbitnya diserahkan kepada polis.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dia menyatakan akan memberikan kerjasama yang baik kepada polis dan kita menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan,” katanya di sini hari ini.

Why Leong dilaporkan ditahan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut kelmarin bagi membantu siasatan selepas dikatakan mengugut Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Mazlan Hassan pada Khamis lalu.

Difahamkan, laporan polis dibuat Mazlan pada Jumaat lalu selepas menerima mesej berbaur ugutan yang didakwa daripada Why Leong menerusi aplikasi WhatsApp.

Polis mengesahkan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah berhubung kes berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini