Penumpang cemas, bas terlibat kemalangan libatkan empat kenderaan - Utusan Malaysia

Penumpang cemas, bas terlibat kemalangan libatkan empat kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB 21 Mei – Seramai 15 penumpang sebuah bas ekspres mengalami detik mencemaskan selepas kenderaan yang mereka naiki itu terlibat dalam kemalangan di Kilometer 340 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu di sini malam tadi.

Ketua Polis daerah, Superintenden Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, kejadian kira-kira pukul 12. 43 tengah malam itu berlaku ketika bas berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kota Bharu, Kelantan.

“Apabila sampai di tempat kejadian, sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu Dmax dari arah bertentangan memasuki laluan bas dan melanggar bahagian kiri bas. Pelanggaran itu mengakibatkan kenderaan berkenaan berpusing dan melanggar dua buah kereta yang diletakkan di hadapan sebuah restoran.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam kejadian itu, kesemua 15 penumpang dan seorang pemandu bas tidak mengalami kecederaan. Polis masih mengesan pemandu kenderaan pacuan empat roda yang menghilangkan diri,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini