Gyan gantung but - Utusan Malaysia

Gyan gantung but

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ACCRA 21 Mei – Kapten skuad kebangsaan Ghana, Asamoah Gyan membuat kejutan apabila mengumumkan persaraannya daripada pentas antarabangsa beberapa minggu sebelum berlangsungnya Piala Negara-Negara Afrika.

Gyan berkata keputusan itu diambil sebagai tanda protes kepada perancangan jurulatih, Kwesi Appiah yang menafikan peluangnya untuk memimpin skuad Black Stars dalam kejohanan tersebut di Mesir.

“Selepas mendapatkan nasihat daripada keluarga dan pasukan…jika keputusan jurulatih untuk memberi tugas kapten kepada pemain lain dalam kejohanan tersebut sedangkan saya turut disenaraikan, saya menarik diri daripada menyertai Piala Negara-Negara Afrika.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya juga berhasrat untuk bersara daripada pentas antarabangsa bersama skuad kebangsaan buat selama-lamanya,” kata penyerang Kayserispor itu.

Kejohanan tersebtu akan berlangsung pada 21 Jun ini di mana Ghana diletakkan dalam Kumpulan F bersama Cameroon, Benin dan Guinea-Bissau.

Gyan membuat penampilannya bersama Black Stars ketika berusia 17 tahun menentang Somalia pada 2003. Dia merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman Ghana selepas meledak 51 gol dalam 106 penampilan.

Dia juga pernah beraksi dalam tiga edisi Piala Dunia iaitu pada 2006, 2010 dan 2014. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini