PARIS 21 Mei – Juara Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) menegaskan bahawa pemain bintang, Kylian Mbappe akan kekal di kelab tersebut meskipun pemenang Piala Dunia 2018 itu memberi bayangan dia mahu meningalkan pasukannya.
Pemain berusia 20 tahun itu memberitahu dia mahukan tanggungjawab yang lebih besar, mungkin di PSG, mungki di tempat lain selepas memenangi anugerah Pemain Terbaik Ligue 1 musim ini.
Bagaimanapun, PSG berkata;’Ikatan di antara PSG dan Kylian Mbappe akan terus tegus untuk dua tahun dan kisahnya akan bersambung pada musim depan.
“Ini adalah masa yang sangat dinantikan untuk ditulis dalam sejarah kelab kami di mana setiap pemain utama akan menerima hadiah mereka yang bekerja untuk kelab,” kata PSG.
Mbappe memberi kenyataan dengan Real Madrid dilaporkan cuba menawarkan kontrak lumayan untuk menariknya ke Sepanyol seperti sudah dirancang.
“Saya katakan apa yang saya perlu katakan. Apabila anda berada di atas pentas, anda boleh menghantar mesej, saya fikir saya sudah melakukannya. Jika saya terus bercakap ia akan keterlaluan dan itu bukan mesej yang saya berikan,” kata Mbappe.
Dia kerap dikaitkan akan menyertai Madrid selepas mencipta nama bersama Monaco apabila membantu kelabnya menjuarai Ligue 1 pada 2017 dan kemudiannya menyertai PSG secara pinjaman sebelum secara tetap dengan nilai 180 juta euro (RM840 juta).
Bagaimanapun sejak kembalinya Zinedine Zidane ke pangkuan Real pada awal tahun ini menguatkan lagi khabar angin bahawa Mbappe akan berpindah ke Santiago Bernabeu bagi menyertai rakan senegaranya itu. Mbappe mempunyai kontrak bersama PSG hingga 2023. – AFP











