SURABAYA 21 Mei – Polis menahan tiga buah kenderaan berserta 56 penumpang di jambatan yang menghubungkan Surabaya dengan Madura, semalam.
Kompas melaporkan, sebuah daripada kenderaan terbabit membawa sejumlah bom molotov.
Ketua Polis Jawa Timur, Luki Hermawan berkata, sebanyak empat bom molotov ditemukan dalam kenderaan terbabit dan ia dipercayai ‘akan digunakan’ esok sempena pengumuman keputusan pilihan raya Presiden 2019 (pilpres).
Memuatkan artikel berkaitan…
Jelas Luki, kesemua penumpang itu juga disahkan dalam perjalanan ke Jakarta.
“Polis telah menahan kira-kira 1,200 orang dari pelbagai daerah yang disyaki bakal mencetuskan kekecohan di Jakarta sejak beberapa hari lalu,” katanya. – AGENSI











