Mayat lelaki warga emas ditemui tertiarap dalam parit - Utusan Malaysia

Mayat lelaki warga emas ditemui tertiarap dalam parit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH – Misteri kehilangan seorang lelaki warga emas sejak minggu lalu akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemui di dalam parit di Jalan Gedong, Bidor dekat sini hari ini. 

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan WN Azharuddin Wan Ismail berkata, mayat mangsa, Liew Chong Meng, 76, ditemui dalam keadaan tertiarap di dalam parit oleh orang awam pada pukul 2 petang. 

“Ketika dijumpai, keadaan mangsa masih berpakaian lengkap namun mayatnya sudah tidak sempurna dan berulat dipercayai telah meninggal dunia beberapa hari lalu. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penemuan mayat mangsa hasil maklumat orang awam yang mendakwa menjumpai basikal berwarna merah milik lelaki tersebut yang dilaporkan hilang sejak 12 Mei lalu di dalam parit berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi. 

Tambah Wan Azharuddin, gerakan mencari mangsa kemudiannya dijalankan sebelum lelaki itu dijumpai di dalam parit berkenaan.

“Kita percaya mangsa dihanyutkan air ketika dia terjatuh di lokasi berhampiran basikalnya ditemui. 

“Pemeriksaan terhadap mayat mangsa mendapati ada kesan luka di kepalanya akibat terhantuk,” katanya. 

Katanya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tapah untuk proses bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini