LONDON 21 Mei – Neymar tidak boleh dijadikan kapten Brazil dalam Copa America memandangkan ramai lagi pemain lain yang memiliki ciri-ciri kepimpinan, kata Edmilson.
Penyerang Paris Saint-Germain itu melalui fasa kecederaan baru, namun telah cergas sepenuhnya dan bersedia untuk mengharungi kejohanan tersebut tahun ini.
Neymar kelihatan dibebani harapan menggunung oleh penyokong Brazil pada Piala Dunia tahun lepas.
Jurulatih PSG, Thomas Tuchel sebelum ini telah menarik balik lilitan kapten di tangan Neymar, dan memberi kepercayaan kepada rakan sepasukannya di Brazil Thiago Silva serta Marquinhos.
Brazil akan memulakan kempen Copa America menentang Bolivia, Venezuela dan Peru di peringkat kumpulan, dengan Edmilson memberitahu jurulatih skuad Samba, Tite agar mencari pemain lain sebagai kapten.
“Ada ramai lagi pemain yang berpengalaman dan sudah biasa menjadi ketua pasukan.
“Pada pendapat saya, ini bukan masa yang sesuai untuk menyarungkan lilitan kapten kepada Neymar, apa pun keputusan tetap di tangan Tite,” kata bekas bek Barcelona dan Brazil itu.- AGENSI











