Bale dilayan seperti sampah - Utusan Malaysia

Bale dilayan seperti sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 20 Mei – Karier Gareth Bale bersama Real Madrid sekali lagi menjunam jatuh selepas Zinedine Zidane secara terbuka mengumumkan bahawa bintang antarabangsa Wales itu tiada masa depan di kelab tersebut.

Bos Real Madrid, Zidane menafikan hak Bale untuk melakukan penampilan terakhir sebagai ucapan selamat tinggal, semalam, dan menyatakan bahawa walaupun pemain itu telah mencipta pencapaian cemerlang sepanjang di Bernabeu, tetapi semua itu sudahpun berlalu pergi.

Persengketaan terbaru antara Zidane dan Bale telah meletakkan bekas bintang Tottenham itu berada dalam jendela perpindahan musim panas ini dan sekali gus, meletakkan pemain itu berada dalam radar kelab Liga Perdana Inggeris.

Memuatkan artikel berkaitan…

Zidane telah mengetepikan Bale di bangku simpanan sewaktu Real Madrid tewas 0-2 kepada Real Betis dan selepas perlawanan pengendali Real itu berkata, tempoh pemain berusia 29 tahun tersebut bersama Real telahpun berakhir dan menambah, mereka tidak akan ‘melupakan’ dia.

“Memang benar, saya tidak memberi dia peluang (kepada Bale mengucapkan selamat tinggal). Jika saya perlu melakukan pertukaran, saya tidak akan membuat banyak perubahan. Tetapi saya perlu memantau dari sehari ke sehari, dan kemudian buat keputusan.

“Jika ada sesuatu yang saya tidak gemar atau tidak berkenan, saya perlu memikirkan sesuatu yang terbaik. Ia mungkin memberi kesukaran kepada pemain. Kami tidak akan melupakan sumbangannya di sini, tetapi saya perlu meneruskan kehidupan dan memikirkan tentang masa depan.

“Kita lihat apa yang akan berlaku selepas ini. Jujurnya saya sendiri tidak tahu apa yang bakal terjadi,” kata Zidane.

Bale telah berada di Real sejak enam tahun lalu dan dia antara pemain Britain paling berjaya yang beraksi di luar Liga Perdana, setelah memenangi Liga Sepanyol dan juga empat trofi Liga Juara-Juara. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini