Godam bank angkara Mobile Legends - Utusan Malaysia

Godam bank angkara Mobile Legends

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 21 Mei – Seorang wa­nita ditahan polis selepas didakwa menggodam dan mencuri daripada sebuah bank untuk membayar keperluan permainan video mudah alih dalam talian Mobile Legends sehingga mengakibatkan institusi kewa­ngan itu mengalami kerugian 1.85 bilion rupiah (RM533,700).

Detik News yang memetik jurucakap ibu pejabat polis Metro Jaya, Ade Ary sebagai berkata, wanita yang dikenali sebagai YS dan tidak bekerja itu ditahan di Pontianak pada 1 Mei lalu.

Beliau memberitahu, berdasarkan keterangan awal, wanita itu mengaku melakukan transaksi dalam talian untuk membeli sesuatu berkaitan permainan Mobile Legends menggunakan akaun maya miliknya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Namun selepas transaksi itu, YS mendapati baki wang dalam akaunnya tidak berkurangan.

“Menyedari baki akaunnya tidak berkurangan, wanita itu terus melakukan transaksi berulang kali, untuk tempoh kira-kira setahun sehingga mence­cah 1.85 bilion rupiah (RM533,700),” katanya di sini kelmarin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini