Wujud undang-undang isytihar harta - Utusan Malaysia

Wujud undang-undang isytihar harta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
USAHA untuk mengisytiharkan segala harta yang dimiliki oleh setiap ahli politik dan anggota tertinggi pentadbiran kerajaan telah diambil oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai langkah memastikan kerajaan baharu kepemimpinan beliau bebas daripada gejala rasuah.

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) Ke-8, baru-baru ini juga telah memutuskan supaya menteri dan timbalan menteri mengisytiharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut Dr. Mahathir, langkah pengisytiharan harta itu adalah salah satu perkara yang akan dinilai dalam indeks pencapaian menteri dan timbalan menteri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut beliau lagi, cadangan terbabit akan melibatkan ahli Parlimen, termasuk pihak pembangkang. Langkah pengisytiharan harta ini diambil bagi mewujudkan sebuah kerajaan lebih terbuka serta mesra rakyat sekali gus membebaskan Malaysia daripada sebarang imej negatif yang boleh menjejaskan proses pentadbirannya, menggugat kepercayaan orang ramai terhadap kerajaan serta mengelakkan gejala itu merosakkan reputasi kerajaan dan negara di peringkat antarabangsa.

Bagaimanapun, langkah itu tidak memadai. Oleh itu, satu bentuk undang-undang khusus bagi mengawal selia proses pengisytiharan harta dalam kalangan ahli politik dan anggota tertinggi pentadbiran awam perlu diwujudkan dengan segera. Langkah itu akan membolehkan proses pengisytiharan harta dapat dilakukan dengan lebih berkesan.

Dengan adanya peruntukan undang-undang khusus, ahli politik dan anggota tertinggi pentadbiran kerajaan tidak mempunyai sebarang alasan untuk tidak mengisytiharkan segala harta yang dimiliki oleh mereka atau cuba melengah-lengahkan pengisytiharan berkenaan.

PENSYARAH USIM
Nilai

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini