KUALA LUMPUR 20 Mei – Pertubuhan Kemajuan Kanak-kanak Zurriyat Malaysia menganjurkan program Raikan Ramadan bersama 150 anak-anak asnaf di Masjid An-Naim Jalan Kebun,Shah Alam, 26 Mei ini.
Program yang akan bermula pada pukul 5 petang itu turut diisi dengan aktiviti Children #Quranhour dan Iftar #MyZuriyyat.
Menurut Pertubuhan Kemajuan Kanak-kanak Zurriyat Malaysia dalam satu kenyataan, pihaknya kini membuka peluang kepada orang ramai yang ingin menaja kanak-kanak asnaf itu dengan hanya RM50 bagi setiap seorang termasuk duit raya, cenderahati dan iftar.
“Setakat semalam, sebanyak 22 daripada 150 kanak-kanak berkenaan telah ditaja dan diharapkan lebih ramai yang akan tampil menaja mereka sempena bulan Ramadan ini.
“Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi kami di talian 018 3692588,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE











