MFL nafi serah geran tahunan pada Ogos - Utusan Malaysia

MFL nafi serah geran tahunan pada Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Mei -Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menafikan laporan sebuah akhbar tempatan kononnya pentadbir Liga Malaysia itu akan menyerahkan geran tahunan kepada pasukan Liga Malaysia pada Ogos ini.

MFL dalam satu kenyataan memaklumkan mereka kini dalam fasa terakhir untuk memutuskan penajaan baharu Liga Malaysia selepas penamatan kontrak dengan Telekom Malaysia (TM) pada 15 Mac lepas dan perkembangan mengenai penajaan baharu ini bakal diumumkan hujung bulan ini.

“MFL juga mengesahkan tidak pernah memaklumkan kepada rakan kongsi untuk menyerahkan geran tahunan pada Ogos ini dan jelas laporan yang disiarkan itu tidak berasas tanpa mendapatkan maklumat tepat,” jelas MFL.

Memuatkan artikel berkaitan…

MFL menegaskan mereka memiliki unit media yang sentiasa bersedia memberikan maklumat atau mengesahkan sesuatu berita yang ingin dilaporkan dan laporan sebegini langsung tidak membantu kepada usaha MFL mendapatkan penajaan baharu malah boleh memberikan kesan yang negatif.

Unit media ini sentiasa berhubung dengan semua aliran media dan memberi maklum balas yang pantas dalam setiap pertanyaan jika ada, jelas MFL.

Laporan akhbar berkenaan mendakwa MFL bakal menyerahkan geran tahunan kepada pasukan Liga Perdana dan Liga Super pada Ogos ini, namun bayaran berkenaan akan diawalkan sekiranya MFL berjaya memuktamadkan perjanjian dengan penaja baharu untuk Liga Malaysia.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini