MPSP bakal dinaik taraf sebagai majlis bandar raya - Utusan Malaysia

MPSP bakal dinaik taraf sebagai majlis bandar raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM 20 Mei – Pulau Pinang akan menjadi satu-satunya negeri di Malaysia yang kesemua Pihak Berkuasa Tempatannya (PBT) bertaraf bandar raya.

JAGDEEP SINGH DEO
JAGDEEP SINGH DEO 

Pulau Pinang mempunyai dua PBT iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang memperoleh status majlis bandar raya pada tahun 2015, dikenali sebagai Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo berkata Kerajaan Persekutuan telah meluluskan permohonan Kerajaan Negeri untuk menaik taraf MPSP kepada majlis bandar raya pada minggu lepas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Terdapat 155 buah PBT di Malaysia dan 13 daripadanya bertaraf bandar raya. MPSP akan menjadi PBT ke-14 dinaik taraf sebagai majlis bandar raya dan yang pertama selepas pilihan raya umum ke-14,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata, pengumuman rasmi berhubung status MPSP sebagai majlis bandar raya akan dibuat selepas Hari Raya Aidilfitri setelah semua dokumen siap.

“Kerajaan Negeri perlu membuat keputusan siapa yang akan menjadi Datuk Bandar untuk Majlis Bandaraya Seberang Perai setelah ia disokong,” katanya.

Jagdeep berkata, warga MPSP mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mengekalkan pencapaian sedia ada selepas PBT itu dinaik taraf sebagai bandar raya.

“Ini menjadi satu perkara yang saya ingin tekankan. Rakyat akan mempunyai jangkaan yang lebih tinggi terhadap Majlis Bandaraya Seberang Perai. Proses penyampaian perkhidmatan adalah satu perkara yang dititik berat dan perlu kita tingkatkan,” katanya.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini