Taman Laut sumber perikanan - Utusan Malaysia

Taman Laut sumber perikanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Beberapa fakta tentang sumber perikanan negara amat meyakinkan.

Nilai tangkapan tahunan mencecah 1.3 juta tan bernilai RM9 bilion manakala hasil akuakultur mencecah 400,000 tan bernilai R 4 bilion.

Secara keseluruhannya nilai perikanan negara setahun kira-kira RM13 bilion. Ini termasuk eksport udang dikatakan mencecah 100,000 tan setahun dan ikan pelagik sebanyak 100,000 tan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Persoalannya bersediakah kita mendepani cabaran perubahahan iklim, pemanasan global dan bencana alam serta pencemaran akibat aktiviti manusia menjejaskan ekologi marin yang akhirnya sumber kita berkurangan secara tidak disedari.

Adakah kita bersedia untuk berdepan masalah kekurangan sumber perikanan pada masa akan datang? Inilah persoalan yang sewajarnya diberi perhatian memandangkan ikan merupakan sumber utama protein.

Ada perkhabaran yang membimbangkan kerana sumber perikanan kian terancam disebabkan oleh beberapa faktor antaranya pencemaran akibat aktiviti manusia dan pengurusan yang tidak lestari.

Masalah pencemaran laut sebagai contoh sudah menjadi isu yang sekian lama membimbangkan, pencemaran sampah dan plastik merosakkan laut yang menjadi habitat haiwan marin.

Bagi mencapai matlamat tersebut, banyak langkah pemuliharaan yang dilakukan termasuk yang paling memberi impak iaitu penubuhan Taman Laut.

Pada Oktober tahun lepas kerajaan telah menggabungkan Taman Laut ke Jabatan Perikanan bagi menyusun semula tanggungjawab sumber perikanan di bawah jabatan berkenaan.

Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Munir Mohd. Nawi berkata, kesedaran dalam kalangan masyarakat termasuk belia semakin meningkat.

Ini kerana sejak peringkat sekolah lagi mereka telah didedahkan dengan kepentingan menjaga persekitaran menerusi media massa dan hari ini media sosial memainkan peranan lebih penting dengan adanya puluhan ribu viewes.

“Sebenarnya kita (Jabatan Perikanan) mula ambil alih Taman Laut secara rasmi pada 19 Oktober tahun lepas berdasarkan keputusan Kabinet supaya peranan dan fungsi jabatan dapat dipertingkatkan.

Justeru, peranan jabatan bertambah dan diperluaskan dan sebarang langkah diambil adalah berdasarkan akta terlibat serta kajian berkenaan alam sekitar.

Pada masa ini kata beliau, terdapat 42 pulau diwartakan sebagai Taman Laut dan kemungkin terdapat beberapa lagi akan dinilai untuk diwartakan.

Dalam masa sama, jabatan tersebut akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam aspek pengurusan terutama soal kebersihan dan pengurusan sampah.

“Kita akan mengambil kira tahap kesedaran dan kedudukan pulau selain pandangan PBT supaya kawasan tertentu ada peraturan dan panduan tentang pembuangan sampah terutama plastik.

“Malaysia juga akan menjadikan Taman Laut di luar negara sebagai penanda aras bagi menentukan kejayaan dalam penguruan Taman Laut di negara ini.

“Ada Taman Laut seperti di Australia, Florida dan Sepanyol yang boleh djadikan contoh,” katanya.

Malah kata beliau, Malaysia juga boleh mengadakan program berkembar dengan Taman Laut berkenaan.

Coral Triangle Initiative (CTI) adalah antara komitmen dalam pemuliharan karang dan menunjukkan terdapat beberapa Taman Laut seperti Tioman dan Redang yang terbaik dan menjadi tumpuan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini