SEBERANG PERAI – Bekas Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Ahmad Saad meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini awal pagi tadi.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 68 tahun kira-kira pukul 2.15 pagi.
Difahamkan beliau menghidap penyakit angin ahmar sejak kira-kira lapan tahun lalu.
Memuatkan artikel berkaitan…
Jenazah Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir dan Penanti itu dibawa ke rumahnya di Jalan Baru, Perai di sini sebelum dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tok Panjang, Bukit Mertajam di sini.
Allahyarham juga merupakan bekas Ketua Pemuda UMNO Negeri dan Exco Pemuda UMNO. – K! ONLINE











