KUALA LUMPUR – Suspek utama kes pembunuhan Ketua Jururawat Hospital Serdang masih belum membuka mulut mengenai kejadian yang berlaku biarpun telah lebih 48 jam direman selepas ditangkap di Cheras Sentral Mall di sini pada Khamis lalu.
Lelaki warga Nigeria berusia 36 tahun itu ditempatkan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang, Selangor bagi membantu siasatan kes bunuh ke atas Siti Kharina Mohd. Kamarudin, 40, yang mayatnya ditemui di sebuah kondominium yang disewanya di Cyberjaya.
Menurut sumber, siasatan terperinci dari pelbagai sudut sedang dilakukan bagi mengetahui punca ibu tiga anak itu dikelar pada dada, leher dan kepala sehingga mati.
“Kita tidak menolak kemungkinan mangsa dan suspek bergaduh sebelum kejadian.
“Mungkin ada perkara tercetus sehingga menyebabkan suspek bertindak kejam mengelar tubuh dan kepala si mati,” katanya kepada Kosmo! Ahad di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











