Negeri Sembilan atasi Kelantan 3-1 - Utusan Malaysia

Negeri Sembilan atasi Kelantan 3-1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN 18 Mei – Kelantan terus dihimpit duka selepas tewas 1-3 kepada Negeri Sembilan dalam saingan Liga Perdana di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini malam ini.

Nasib malang The Red Warrior (TRW) bermula seawal minit ke-4 apabila gawang pasukan itu bolos melalui sepakan sudut yang diperoleh tuan rumah.

Pemain import dari Jepun, Shunsuke Nakatake membuat hantaran tepat kepada penyerang Negeri Sembilan, Jose Almir Barros Neto yang menanduk masuk menewaskan penjaga gol Kelantan, Damien Lim Chien Khai.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penyerang import baharu Hoben Jang Hoben, Igor Carneiro Luiz dari Brazil terus mempamerkan keupayaan apabila menjaringkan gol kedua Negeri Sembilan pada minit ke-25 melalui sepakan di dalam kawasan kotak penalti Kelantan.

Dua minit selepas itu, Luiz sekali lagi memanfaatkan peluang di depan pintu gol Kelantan selepas menerima bola hantaran lintang Aroon Kumar Ramaloo lalu menyepak masuk.

Pasukan pelawat hampir memperoleh gol pada minit ke-33, ketika penjaga gol Negeri Sembilan, Mohamad Kaharuddin Abdul Rahman sudah tertewas, namun bola yang cuba dikuis ke gawang oleh pemain tengah Kelantan, Muhammad Danial Haqim Draman terkena tiang gol.

Separuh masa kedua, Kelantan cuba bangkit dengan melakukan asakan ke kubu tuan rumah dan memperoleh sepakan penalti selepas Muhammad Fauzi Rozlan dijatuhkan dalam kotak penalti Negeri Sembilan pada minit ke-67.

Pemain tengah TRW, Nik Akif Syahiran Nik Mat menyempurnakan sepakan berkenaan menjadikan kedudukan 1-3. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini