Bintang Reds nikmati percutian menjelang final UCL - Utusan Malaysia

Bintang Reds nikmati percutian menjelang final UCL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL 18 Mei – Pemain Liverpool mengambil peluang sepenuhnya tempoh rehat pendek yang diberikan oleh kelab apabila bercuti bersama keluarga masing-masing sebelum kembali menjalani latihan bagi menghadapi final Liga Juara-Juara (UCL), bulan depan.

Pengendali Reds, Jurgen Klopp memberi rehat lima hari kepada semua pemain sebelum mereka memulakan persiapan untuk menentang Tottenham di Madrid pada 2 Jun.

Penyerang Brazil, Roberto Firmino yang belum pasti dapat diturunkan dalam perlawanan akhir memuat naik gambar menaiki jet peribadi bersama isterinya, Larissa dan anak mereka, Bella serta Valentina di lokasi yang tidak dinyatakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mohamed Salah, Fabinho dan penjaga gol, Simon Mignolet pula memilih ibu negara Emiriah Arab Bersatu (UAE), Abu Dhabi sebagai destinasi untuk menenangkan fikiran bersama keluarga.

Turut berkongsi gambar percutian adalah penjaga gol Brazil, Alisson, pemain pertahanan, Dejan Lovren dan penyerang, Daniel Sturridge. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini