177 penuntut alami penderaan seksual - Utusan Malaysia

177 penuntut alami penderaan seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK 18 Mei – Hampir 180 orang penuntut lelaki yang mengikuti pengajian di Universiti Ohio State mendakwa didera secara seksual oleh seorang bekas doktor pada le­bih dua dekad lalu.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh pentadbiran universiti ber­kenaan, kakitangan yang bertugas ketika itu mengetahui tentang perkara tersebut namun gagal untuk mengambil tindakan.

Lapor Reuters, suspek, Dr. Richard Strauss didakwa mendera sekurang-kurang­nya 177 penuntut ketika beliau berkhidmat sebagai ahli fizik di Jabatan Atlet dan Pusat Kesihatan universiti tersebut dari 1978 hingga 1998.

Memuatkan artikel berkaitan…
RICHARD STRAUSS
RICHARD STRAUSS 

Kakitangan universiti sedia maklum tentang perbuatan Strauss pada 1979 namun adu­an penuntut tidak disampaikan kepada pihak pentadbiran dan pegawai kanan atlet atau Jabatan Kesihatan sehingga tahun 1996.

Ketika itu, universiti berkenaan memecat Strauss selepas seorang penuntut mendakwa dia dicabul ketika peperiksaan.

“Pendedahan itu amat me­ngejutkan dan sukar untuk di­terima. Kegagalan institusi kami ketika itu menyekat penderaan adalah tidak boleh di­terima.

“Begitu juga dengan usaha yang tidak mencukupi untuk menyiasat aduan,” jelas Presi­den Universiti Ohio State, Michael Drake dalam satu kenya­taan permohonan maaf kepada semua mangsa.

Dalam pada itu, mangsa penderaan yang kini bergelar alumni, Kent Kilgore berkata, dia mahu pihak universiti mengambil tanggungjawab sepenuhnya.

Terdahulu, sekumpulan bekas penuntut yang mendakwa menjadi mangsa Strauss, memfailkan dua tuntutan saman Persekutuan terhadap universiti itu.

Strauss dilaporkan membunuh diri pada 2005.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini