Tidak miliki dokumen sah, enam PATI ditahan - Utusan Malaysia

Tidak miliki dokumen sah, enam PATI ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Mei- Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dengan kerjasama Batalion 20 Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan enam pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam satu operasi khas di Pusat Pemeriksaan Daratan (RCP) Sapi Nangoh, Beluran di Sabah, kelmarin.

Komander Esscom, Datuk Hazani Ghazali berkata, sebanyak 40 kenderaan pelbagai jenis telah diperiksa dalam operasi yang bermula kira-kira pukul 10 malam dan berakhir pada pukul 3 pagi itu.

“Kita mendapati terdapat enam lelaki berusia lingkungan 25 hingga 67 tahun yang berada dalam kenderaan yang diperiksa tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah ditahan ketika melalui RCP berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kesemua suspek dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran untuk tindakan lanjut dan kes akan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, menurut Hazani, pihaknya memberi fokus kepada pemeriksaan kenderaan dan individu di laluan berkenaan bagi mengekang dan membanteras aktiviti penyeludupan barang kawalan dan bersubsidi termasuk kemasukan PATI.

“Operasi ini juga bertujuan untuk memantau dan mengesan laluan tikus yang berkemungkinan digunakan oleh penyeludup dan PATI untuk melepaskan diri daripada sekatan lalu lintas,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini