WASHINGTON 18 Mei – Doktor pasukan Universiti Ohio State melakukan penganiayaan seks terhadap sekurang-kurangnya 177 pelajar lelaki hampir dua dekad tanpa dikenakan tindakan meskipun terdapat aduan, mengikut penemuan penyiasatan semalam.
Pelaku, Richard Strauss yang mati pada 2005 melakukan penganiayaan tersebut ketika bertugas dari 1978 hingga 1998 yang mana aduan mengenainya diterima seawal pada 1979, lapor siasatan bebas selama 12 bulan itu.
Siasatan itu melihat kepada dakwaan salah laku dari 1979 hingga 1997 yang dilaporkan 150 bekas pelajar mengenai perbuatan Strauss.
Memuatkan artikel berkaitan…











