City masih dahagakan kejayaan - Utusan Malaysia

City masih dahagakan kejayaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER 17 Mei – Masih segar de­ngan kejayaan mempertahankan kejua­raan Liga Perdana Inggeris, Manchester City bagaimanapun belum berpuas hati dengan pencapaian itu dan mahu melengkapkan musim dengan merangkul trofi ketiga esok.

Skuad bimbingan Pep Guardiola akan turun dalam final Piala FA menentang Watford di Wembley, dan ketua pa­sukan, Vincent Kompany menegaskan, mereka amat bersemangat memburu gelaran treble selepas turut menjuarai Piala Liga pada awal musim.

“Semua orang tahu, apabila pasukan mula merasa terlalu selesa, saya boleh bertukar menjadi seorang yang amat agresif dalam latihan dengan mengi­ngatkan pemain tanggungjawab mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sejak awal lagi, pasukan ini tahu apa keutamaan mereka. Ya, kami sudah menjulang trofi paling penting iaitu Liga Perdana, ia sangat istimewa…apatah lagi kami memenanginya dua musim berturut-turut.

“Tapi satu trofi tidak cukup…dua trofi juga tidak lengkap. Kami perlu menamatkan musim dengan pencapaian terbaik dan cuba memena­ngi Piala FA,” kata Kompany.

Biarpun masa depan Kompany, 33, masih tidak menentu kerana belum menandatangani sebarang penyambungan kontrak bersama The Citizens, namun bek tengah Belgium itu tetap bersemangat untuk menambah koleksi kejuaraan.

“Pasukan ini mampu bertukar menjadi singa.

“Mereka pasukan yang dahagakan kejayaan, mahu memburu lebih ba­nyak kemenangan,” ujarnya lagi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini