Putera Charles kurniakan gelaran Sir kepada Murray - Utusan Malaysia

Putera Charles kurniakan gelaran Sir kepada Murray

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 17 Mei – Pemilik tiga kejuaraan Grand Slam, Andy Murray dianugerahkan gelaran Sir oleh Putera Charles atas sumbangan terhadap sukan tenis dan muncul wira Wimbledon.

Kurniaan itu membawa gelaran Sir Andy Murray buat bintang Britain berusia 32 tahun tersebut yang juga juara dua kali Wimbledon berada dalam senarai penerima anugerah sempena Tahun Baru Queen sejak 2016.

Murray menerima anugerah itu di Istana Buckingham, London, semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dia mengakui berasa ‘sedikit pelik’ selepas menerima anugerah itu.

“Ia pengiktirafan yang hebat terhadap keputusan saya sejak beberapa tahun lalu.

“Ia memang cara terbaik mengakhiri 2016 atau permulaan 2017 tetapi saya lebih daripada gembira jika hanya dikenali sebagai Andy. Itu sudah cukup untuk saya,” katanya.

Murray menerima anugerah itu bersama penulis buku, Sir Philip Pullman atas sumbangan terhadap kesusasteraan.

Pemain berasal dari Dunblane itu memberi bayangan bersedia untuk kembali beraksi di saingan tenis tahun ini.

Bintang tenis No. 1 Britain itu berkata dia tidak mengalami sebarang kesakitan selama empat bulan selepas menjalani pembedahan menyelamatkan pinggulnya. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini