Kadar jangka pendek ditutup stabil - Utusan Malaysia

Kadar jangka pendek ditutup stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Mei – Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Berikutan itu, lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM24.5 bilion daripada RM21.57 bilion pada pagi ini manakala dalam sistem Islam, ia susut kepada RM14.6 bilion berbanding RM27.4 bilion.

Terdahulu, BNM menawarkan satu tender pasaran wang konvensional, tiga tender Qard dan tender Program Komoditi Murabahah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada pukul 4 petang, bank pusat itu melaksanakan tender pasaran wang konvensional RM24 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM14.6 bilion, kedua-duanya bagi wang empat hari.

BNM turut menyemak semula tender konvensional semalaman kepada RM24 bilion daripada RM21.4 bilion.

Kadar faedah semalaman Islam purata pada 2.96 peratus manakala kadar bagi seminggu, dua minggu dan tiga minggu masing-masing disandarkan pada 3.03 peratus, 3.07 peratus dan 3.12 peratus. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini