Intipati perbicaraan Najib sepanjang minggu ini - Utusan Malaysia

Intipati perbicaraan Najib sepanjang minggu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Mei – Perbicaraan kes berprofil tinggi melibatkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghadapi tujuh pertuduhan melibatkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta memasuki hari ke-18 pada 15 Mei.


Berikut adalah intipati kes dan petikan daripada saksi-saksi minggu ini semasa perbicaraan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali.




14 Mei (Selasa) :


Memuatkan artikel berkaitan…




Naib presiden Jabatan Perundangan dan Kesetiausahaan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), Azlida Mazni Arshad, memberi keterangan bahawa beberapa kebimbangan disuarakan oleh anggota panel pelaburan KWAP berhubung pinjaman RM2 bilion yang dipohon oleh SRC International Sdn Bhd, anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).





Azlida Mazni , 47, berkata panel itu membangkitkan enam perkara yang menjadi kebimbangan seperti terkandung dalam kertas pelaburan yang dibentangkan oleh Pengarah Jabatan Pendapatan Tetap KWAP, Allahyarham Ahmad Norhisham Hassan. Dalam keterangannya minggu lepas. saksi itu berkata antara enam kebimbangan itu ialah cadangan pinjaman RM2 bilion adalah terlalu besar bagi sebuah syarikat dengan modal berbayar RM2. 





“Panel pelaburan juga menyatakan kebimbangan terhadap keupayaan dan kredibiliti pasukan pengurusan SRC untuk meneroka ke dalam industri sumber asli yang memerlukan kemahiran tinggi,” katanya.





Azlida Mazni, 47, berkata panel itu telah menimbulkan enam kebimbangan seperti yang berlaku dalam kertas pelaburan yang dibentangkan oleh pengarah jabatan pendapatan tetap KWAP, Ahmad Norhisham Hassan. Dalam keterangannya minggu lalu, saksi itu berkata antara enam kebimbangan ialah cadangan pinjaman RM2 bilion terlalu besar bagi sebuah syarikat dengan modal berbayar RM2.





“Panel juga menimbulkan kebimbangan mengenai keupayaan dan kredibiliti pasukan pengurusan SRC untuk meneroka industri sumber asli yang memerlukan kemahiran yang tinggi,” katanya.





Saksi ke-35 pihak pendakwaan berkata panel pelaburan menyedari tentang risiko yang dikaitkan dengan pelaburan yang dicadangkan untuk KWAP, khususnya risiko pembayaran, “terlebih tumpuan” negara dan industri.





15 Mei (Rabu) : 

 





Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Ihsan Perdana Sdn Bhd (IPSB) memindahkan wang sebanyak RM42 juta ke dalam dua akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak tanpa mengetahui bahawa kedua-dua akaun itu milik bekas perdana menteri. 





Pengarah Urusan Ihsan Perdana, Dr Shamsul Anwar Sulaiman berkata Najib tidak pernah menghubunginya berhubung pembayaran RM27 juta dan RM5 juta pada 26 Dis, 2014 dan RM10 juta pada 9 Feb, 2015.





“Jika saya tahu AmPrivate Banking-MY (nombor akaun 211202201880) milik Datuk Seri Najib Tun Razak, saya tidak akan membuat pembayaran RM27 juta,” katanya ketika membacakan pernyataan saksi pada hari ke-18 perbicaraan Najib yang menghadapi pertuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.





Saksi ke-37 pihak pendakwaan itu berkata beliau tidak akan mendepositkan wang RM5 juta ke dalam akaun Najib bernombor 2112022011906 dan RM10 juta bernombor 211202201880 atas sebab yang sama.





Beliau berkata IPSB tidak pernah membuat pembayaran bagi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) ke dalam akaun Najib dan tidak pasti sama ada pembayaran itu adalah untuk tujuan CSR.





Saksi itu mengulangi bahawa pemindahan wang RM42 juta itu dibuat kerana beliau diarahkan oleh Ung Su Ling (ketua pegawai eksekutif Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M) dan Dennis See (pengarah projek YR1M). Ung dan See mengarahkan beliau untuk memindahkan dana ke kedua-dua akaun walaupun dia tidak tahu siapa pemiliknya.





Dr Shamsul Anwar menjelaskan bahawa dia hanya tahu bahawa RM42 juta itu milik SRC melalui Gandingan Mentari Sdn Bhd, anak syarikat SRC, apabila dia membaca artikel yang dimuatkan dalam laman sesawang Wall Street Journal, ketika dia berada di Belgium antara 1 dan 2 Julai, 2015.





Saksi itu berkata telah menghubungi Nik Faisal Ariff Kamil (pengarah SRC) untuk bertanya mengenai RM42 juta dan bahawa beliau mengesahkan bahawa SRC telah memindahkan wang itu ke dalam akaun IPSB melalui Gandingan Mentari.

Dr Shamsul Anwar, 58, juga memberitahu bahawa akaun IPSB digunakan untuk mendeposit sejumlah wang dalam transit sebelum dipindahkan ke akaun lain. IPSB adalah anak syarikat yang menguruskan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk SRC.

Saksi pendakwa ke-36, bekas Eksekutif Kanan Akaun IPSB, Aishah Ghazali, 37, mengesahkan bahawa tiga transaksi deposit bagi RM42 juta dari IPSB dibuat melalui dua akaun AmIslamic Bank Berhad milik Najib.





17 Mei (Jumaat) : 

 


Pendakwa raya ad hoc Datuk V. Sithambaram memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pihak pendakwaan telah selesai membentangkan 30 peratus daripada kesnya dan mahkamah dijangka mendengar keterangan daripada 40 saksi lain pihak pendakwaan.


Setakat ini, pihak pendakwaan telah memanggil 37 saksi untuk memberi keterangan dalam perbicaraan dan akan terus memberi memberi keterangan apabaila perbicaraan bersambung pada 28 Mei.


Mahkamah menetapkan 39 hari untuk perbicaraan dari 28 dan 29 Mei, 10 hingga 14 Jun, 17 hingga 21 Jun, 1 hingga 3 Julai dan 8 Julai hingga 15 Ogos.


— BERNAMA




 

 

 

 

 

 



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini