4 lelaki lepas tembakan ke udara ditahan - Utusan Malaysia

4 lelaki lepas tembakan ke udara ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJONG KARANG 17 Mei – Empat lelaki yang bertindak melepaskan tembakan ke udara di sebuah kuil di Parit 4 Sungai Burong, pada Ahad lalu telah ditahan pihak berkuasa.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Md. Asri A. Wahab berkata, kesemua suspek ditahan ketika mereka datang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor semalam.

Katany, turut dirampas bersama suspek yang berusia antara 36 dan 72 tahun itu adalah selaras senjata api jenis senapang patah dua laras berserta 17 butir peluru.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka ditahan selepas datang menyerah diri bersama senjata api dan peluru di IPD Kuala Selangor,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kesemua suspek dikehendaki polis selepas tular video mereka melepaskan kira-kira 20 das tembakan ke udara semasa satu upacara di kuil tersebut.

Dalam pada itu, Md. Asri berkata, kertas siasatan ke atas semua suspek telah dibuka di bawah Seksyen 39 Akta Senjata 1960.

“Kesemua suspek kini ditahan polis untuk siasatan lanjut,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini