Kantoi bawa 14,800 rokok seludup, dua warga asing termasuk kanak-kanak ditahan - Utusan Malaysia

Kantoi bawa 14,800 rokok seludup, dua warga asing termasuk kanak-kanak ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Mei- Pasukan Polis Marin (PPM) menahan dua warga asing termasuk kanak-kanak berusia 10 tahun selepas disyaki membawa sebanyak 14,800 bungkus rokok seludup dalam serbuan terhadap sebuah van di Lahad Datu, Sabah, pagi tadi.


Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komsioner Mohamad Pajeri Ali berkata, operasi kira-kira pukul 7.18 pagi itu dijalankan oleh PPM Lahad Datu selepas mengesan sebuah van Toyota Hiace yang dilihat mencurigakan sebelum menahan kenderaan itu di Simpang Tabin Tungku.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati van tersebut dipandu oleh seorang lelaki warga asing berusia 26 tahun serta adiknya berusia 10 tahun dan kedua-dua mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

“Pemeriksaan lanjut ke atas van tersebut telah menemukan pelbagai jenama rokok yang disimpan di dalam plastik hitam. Antaranya rokok jenama Absolute 7 (7,800), Astro Hitam (5,500) dan Astro Merah (1,500) serta keseluruhan rampas melibatkan 14,800 bungkus.

“Turut dirampas sebuah van Toyota Hiace, dua telefon bimbit Honor, beg duit jenama Giorgio Armani, wang tunai pelbagai mata wang asing. Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM97,420,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tambah Mohamad Pajeri, kesemua barang rampasan serta kedua-dua suspek kini dibawa ke Markas Operasi PPM Lahad Datu untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini