‘Tupai kung fu’ bidikan jururawat - Utusan Malaysia

‘Tupai kung fu’ bidikan jururawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GLASGOW 17 Mei – Seorang jururawat dari Auchinleck, Ayrshire yang meminati bidang fotografi merakamkan aksi menarik beberapa ekor tupai merah yang melompat dari dahan ke dahan untuk mengumpulkan kacang hazel.

Daily Mail melaporkan, gambar luar biasa itu diambil oleh Lesley Garven ketika berada di Kirkcudbright, Scotland bulan lepas.

Imej tersebut menampilkan aksi tupai merah yang comel dan ada yang seakan-akan sedang melakukan aksi kung fu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tupai merah mudah kelihatan di beberapa kawasan di United Kingdom (UK) dan menghabiskan sebahagian besar masa di atas pokok.

Ketika ini terdapat kira-kira 140,000 ekor tupai merah di UK.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini