ARAU 16 Mei – Polis meminta individu yang terlibat dalam kes langgar lari sehingga mengorbankan nyawa seorang wanita di Kilometer 24 Jalan Changlun-Kuala Perlis pada 12 Mei lalu agar tampil membantu siasatan.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Arau, Asisten Superintendan Mohd. Daniel Mohd. Razali berkata, polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan susulan jika individu itu gagal berbuat demikian.
Katanya, dalam kejadian itu, kereta yang dipandu individu tersebut telah melanggar dua buah motosikal di kawasan berkenaan sehingga mengakibatkan salah seorang penunggang maut di lokasi kejadian.
Berita berkaitan:
Ujarnya, seorang lagi penunggang motosikal cedera dan menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar.
“Selain itu, saksi atau sesiapa yang terlibat dalam kemalangan ini agar tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. – UTUSAN ONLINE











