Isu sampah: Duta, konsulat Filipina ke Kanada diarah pulang - Utusan Malaysia

Isu sampah: Duta, konsulat Filipina ke Kanada diarah pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA 16 Mei – Filipina mengarahkan duta dan konsulat ke Kanada mereka pulang selepas negara itu tidak menepati komitmen untuk mengambil semula sampah yang dibuang ke Manila, semalam.

Channel News Asia yang memetik Setiausaha Kementerian Luar Filipina, Teodoro L. Locsin Jr. sebagai berkata, surat pekeliling itu telah dikeluarkan malam tadi dan mereka dijangka pulang ke Filipina dalam satu atau dua hari lagi.

“Kami telah memberi tarikh sehingga semalam agar Kanada mengambil semula sampah-sampah tersebut namun sehingga sekarang tiada sebarang tindakan diambil,” katanya dalam Twitternya di sini hari ini. -AGENSI

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini